Pages

Wednesday, 23 December 2015

MENULIS ENTREE BLOG USAHAWAN





Hi !!! Saya adalah ahli kedua daripada group kami iaitu Group 7 yang akan menulis entree. Kami telah memilih usahawan SATAY iaitu Puan Akmar sebagai usahawan kami. Setelah kami selidiki, adalah agak sulit untuk menulis sebuah entree berbekalkan ilmu kami yang agak cetek mengenai BLOG.

Oleh itu, saya telah memutuskan agar kami mengkaji dengan lebih mendalam mengenai BLOG dan PERNIAGAAN. Saya telah menyenaraikan perkara-perkara yang akan memudahkan kami untuk membuat sesebuah blog:-

Mengenalpasti tajuk yang akan ditulis di dalam BLOG.

Menulis adalah perkara yang agak mudah bagi sesetengah orang tetapi dalam sesebuah penulisan apabila penulis tidak fokus akan sesebuah tajuk atau terpesong daripada tajuk yang sepatutnya dibincangkan maka , hal ini mengakibatkan kecelaruan konteks iaitu perkara yang ingin dibincangkan tidak dibincangkan dan penulisan akan lari daripada tajuk utama.

Daripada blog usahawan tempatan SMARTUSAHA.COM


Mencari contoh-contoh BLOG USAHAWAN yang BAIK.

Okey, cara terbaik untuk mempelajari teknik-teknik penulisan blog usahawan?  
Mestilah dengan belajar daripada contoh yang terbaik. Saya telah membaca sekurang-kurangnya 100 entree blog bagi meningkatkan teknik penulisan yang baik dalam blog. Walaupun kebanyakannya adalah blog antarabangsa, namun, kami dapati banyak persamaan yang mereka lakukan iaitu :- 


  • menarik dan ringkas
  • mudah difahami  
  • mesra pembaca
  • kepelbagaian dalam teknik penulisan


Antara blog yang menarik perhatian saya adalah ChrisDucker.com . Blog beliau merupakan rujukan utama dalam penulisan saya kerana entree-entreenya yang menarik dan banyak menambah pengetahuan akan usahawan.


Selain itu rakan baik daripada Chris Ducker iaitu Pat Flynn dengan blognya SMART PASSIVE INCOME banyak bercerita mengenai kerjayanya sebagai PODCASTER.

Memilih cara mengumpul maklumat.

Cara mengumpul maklumat adalah penting kerana maklumat yang digunakan hendaklah khas untuk tajuk dan tidak bias akan mana-mana pihak. Walaupun maklumat tersebut tidak dapat mewakili keseluruhan populasi sasaran tapi ia dapat mewakili kumpulan yang disasarkan secara umum. 

Contohnya seperti melakukan temu bual, kaji selidik dan pengalaman sendiri. Melakukan peninjauan ke atas kumpulan sasaran pembeli, pesaing-pesaing yang ada , dan cara pendekatan yang terbaik untuk pembeli.



contoh carta pie 

Memahami situasi usahawan kini.

Banyak usahawan yang lahir ekoran ekonomi yang tidak stabil kebelakangan ini, namun kami harus yakin usahawan kami tidak hanya muncul dalam pasaran tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, kami mengkaji ekonomi dan latar belakang industri usahawan kami dengan lebih mendalam agar kami lebih faham akan situasi ekonomi sekarang dan langkah-langkah yang memastikan usahawan dapat bertahan pada masa-masa kritikal.

Kami juga fokus akan sasaran pembeli kami dan permintaan-permintaan yang perlu dipenuhi oleh kami. 

Setelah kami senaraikan perkara-perkara yang memudahkan kami membuat BLOG USAHAWAN , kami dapati membuat blog usahawan tidaklah begitu sukar dan mudah sekiranya kami rangka dengan teliti dan fokus akan matlamat asal kami.



Gambar di atas adalah gambar satay yang sedang dibakar oleh Puan Akmar.

Update 2 (24 Dec 2015)
Info collected & Update by : S20278 – NORMALA BT SURI







No comments:

Post a Comment